Wednesday, September 16, 2009

Selamat Menyambut Aidilfitri

Kepada semua kawan-kawan Apiz, selamat menyambut hari raya aidilfitri 2009. Sedar tak sedar, dah setahun kita tinggalkan aidilfitri ni. Dan tahun ni ianya kembali dengan amat meriah sekali. Apiz nak mohon maaf kat semua kawan-kawan kalau selama ni Apiz ada sakitkan hati korang. Mintak halal makan minum. Kalau ada terkutuk belakang pun Apiz nak mintak maaf. Apiz sedar selama ni Apiz gurau2 kasar atau terlepas cakap yang bukan-bukan. Lagipun tahun ni last kita semua beraya kat sekolah. Hati-hati ea korang bila dekat kampung. Jangan lupa kat Apiz. Kalau boring-boring, mesej la. Apiz akan tunggu korang. Hehe.

Saturday, September 12, 2009

Menggapai Cita-citaku

Dulu masa kecik-kecik, Apiz selalu berangan-angan nak jadi angakasawan. Bila jadi angkasawan, Apiz ingat Apiz boleh ambil bintang banyak-banyak dan bagi dekat orang-orang yang apiz sayang. Haha. Pemikiran masih terlalu suci masa tu. Bila dah besar sikit, teringin jadi ahli arkeologi pulak. Masa tu tengah kemaruk cerita the mummy. Memang pikir jadi kaya la kan bila dapat banyak harta karun. Dan bila dah masuk sekolah menengah ni, apiz tukar lagi cita-cita Apiz. Kali ni Apiz betul-betul dah tetapkan pendirian. Apiz nak jadi lawyer. Ni memang satu cabaran bagi apiz. Selain lawyer, Apiz terfikir jugak nak jadi pereka grafik. Apiz ni memang minat sangat-sangat melukis. Konklusinya disini, impian kita memang terlampau banyak dan sering berubah apabila dipengaruhi sesuatu. Dan penentu kepada impian kita adalah usaha untuk mendapatkannya. Segala yang mustahil boleh menjadi apabila kita berusaha dan berusaha. Impian kita memang indah dan teramat indah bila kita berjaya menggapainya.

Thursday, September 10, 2009

Wohoo Menjadi Juga

Dengan bangganya mempersebahkan lukisan bertaraf antarabangsa yang telah mengalahkan lukisan MonaLisa Smile.... Inilah dia.... Gundam Exia Repair.... Tak sangka Apiz dapat lukis pic ni. Mula-mula tu ingat saja-saja je nak main conteng-conteng. Sekali bila dah siap lukis, nampak macam smart pulak. Apa lagi, ambik pen-pen warna adik dan terus la berkarya. Hahaha. Buat masa ni, ni je la lukisan yang dianggap terbaik sebab tak pernah-pernah Apiz melukis dan mewarna dalam satu masa... WOW!!!!

NO E.S.T

Semalam Apiz tak ambil subjek e.s.t. Yang ambil dalam kelas 5sn2 pun ada lebih kurang dalam 7 orang. Peeh Memang boring la. Kalau boleh, macam nak menjerit je sampai anak tekak terkeluar. Yang tak amil e.s.t ade 4 orang je tau. Apiz, Syafiz, Daniel dengan Alin. Yang lain semua kena masuk sains 1 sebab Puan Satwan nak gabung terus semua yang ambil exam. Yang kitorang berempat ni pula sememangnya tunggul berjaya kat dalam kelas. Kerana terlampau boringnya, Apiz pun tolonglah sorang mamat kelas sastera ni( nama dan alamat dirahsiakan ) jawab dia punya paper sains. Hahaha, lepas tu semua orang datang carik apiz sebab mintak tolong jawabkan. Yang bestnya, jawab exam dalam tandas. Bila cikgu lalu je, semua buat-buat betulkan rambut la, kencing la. Apa Daaa...... Lepas tu Apiz nak kacau budak-budak yang ambil exam e.s.t. Apiz ngan Shahfiz pergi la dekat mesin air sekolah. Beli air Ice Lemon Tea wooo. Jalan kat tepi kelas diorang pastu buat-but minum. Diorang dah la tension jawab exam lepastu puasa kan, boleh pulak nampak benda nie.... Semua ternganga la. Pikir yang Apiz ni tak puasa................ HAHAHAHAHA

Sunday, September 6, 2009

Uhh.. Ermm.. Hehe

Masih lagi dalam trial exam. Memang agak mengusutkan kepala. Lagi-lagi bila kebelakangan ni banyak masalah timbul. Susah la. Tapi apa boleh buat. Dah nama pun kehidupan. Mesti la kena teruskan jugak. Harap-harap la tak gagal lagi kali ni. Soalan trial ni pun memang boleh buat sistem otak terhenti. Hahaha. Anyway tahun ni Apiz pakai baju melayu warna kuning tau. Siapa minat kuning??? First time woo pakai warna ni. Selalu tahun-tahun lain pakai warna biru atau hijau je. Tapi tahun ni spesial sikit. Kalau dibilang pun, cuma tinggal berapa hari lagi puasa. Harap-harap tahun ni meriah la sikit. Lagipun Apiz mungkin akan jadi tauke mercun......... HUAHAHAHAHAH!!!!

Thursday, September 3, 2009