Saturday, October 31, 2009

Hari Graduasi 2009


Saje je nak pose. Gempak sikit. Hahaha

Kandid lagi. Menyusun memori indah.

Time ni nak kandid. Baru lepas dapat notis berambus.

Kawan-kawan 5sn2

Tuesday, October 27, 2009

Akhirnya Siap Jua... WOHOO!!!!!


Wohoo... Joget2 sikit... Hahaha. Akhirnya Unicorn Gundam Apiz da siap. 6 bulan nak siapkan semua part kat body gundam ni. Dan hasilnya amat memuaskan. Rase macam nak jerit je 1 dunia. Yah!!!

Friday, October 23, 2009

Crazy Make Us Happy as Family


The Crazy, Happy, Funny, Silly class...

Lembap

Penjual Telur Di sebuah pasar tradisional.

Pembeli: “Dik, telur sekilo berapa?”

Penjual: “Telur ayam atau telur itik?”

Pembeli: “Telur ayam.”

Penjual: “Telur ayam biasa atau ayam kampung?”

Pembeli: “Ayam biasa.”

Penjual: “Yang tempatan atau yang import?”

Pembeli: “Yang tempatan.”

Penjual: “Yang tempatannya mahu yang dari Ipoh, Kuala Selangor atau Tampin?”

Pembeli: “Yang Ipoh lah…” (Sambil terlihat kesal).

Penjual: “Mahu yang Ipoh Pusat, Barat, Timur, Utara, atau selatan?”

Pembeli: “Adik nie jual telur atau nak jalan-jalan?”

Penjual: “Maaf kak, saya penjual mee rebus kat sebelah. Kebetulan yang jual telur pergi makan. Saya disuruh berbual dulu dengan pembeli sampai dia datang

3 Seringgit

Seorang murid di tanya oleh guru matematiknya.

Jika sebiji karipap berharga empat puluh sen, berapakah harga untuk tiga biji karipap?. Tanya gurunya.

RM 1 cikgu!. jawabmurid itu spontan.

Salah tu. tegur si guru penuh kasih sayang.

mungkin amer tak paham soalan, biar cikgu ulang semula, dengar betul-betul. Sebiji karipap berharga empat puluh sen, berapa harga tiga biji karipap?. Amer tetap memberi jawapan RM1

Salah tu Amer,cuba kira betul-betul. Respon si guru dengan sabar

Tapi cikgu, tiap-tiap pagi bila saya pergi membeli karipap di warung berhampiran rumah saya, makcik jual kuih tu selalu kata;
kueh karipap sebiji empat puluh sen, tiga biji seringgit!

Katak dan Kodok

Ketika dalam makmal biologi, Ali dimarahi oleh Cikgu Mat yang memang terkenal kerana suka melawak.

Kamu tahu kan, semua murid mesti membawa katak untuk amali. Tapi kenapa kamu bawa kodok ? Kata Cikgu Mat.

Tapi cikgu, ini kan katak, bukannya kodok Jawab Ali.

Itu saya tak mahu tahu. Sekarang kamu keluar. Jangan masuk makmal saya sebelum kamu membawa katak marah cikgu Mat.

Dengan longlai Ali menuju keluar makmal. Di pintu pagar, Ali terserempak dengan Azwan, rakan sekelasnya yang kebetulan terlambat.

Kenapa? tanya Azwan. Saya diusir keluar dari makmal kerana cikgu kata saya membawa kodok jawab Ali sambil menunjukkan kodoknya. La. ini katak lah, bukan kodok. Tak apa, biar saya yang bercakap dengan Cikgu Mat. Ketika mereka sampai di depan makmal, belum sempat Azwan hendak bercakap sepatah katapun, Cikgu Mat sudah menengking : Ali, kamu ni mengapa? Tadi kamu bawa kodok, sekarang kamu bawa monyet pulak

Thursday, October 8, 2009

Siapa Yang Bodoh???

Yun, Adly dan Danial adalah 3 jejaka kampung Parit Sonto. Aktiviti harian mereka bertiga adalah melepakkan diri mereka di tembok tepi parit. Apa sahaja yang dibualkan mereka, cuma tuhan sahaja yang tahu. Mereka bertiga juga gemar mengacau anak-anak dara kampung yang lalu dihadapan mereka. Ada sekali tu sampai senget rahang Daniel kerana menyembur......

Nak dipendekkan cerita, suatu hari sigadis yang paling cantik dikampung mereka, Aqilah berjalan untuk kekedai. Mereka bertiga apa lagi, Melopong daa.... "Barang kali dari gua agaknya".. sampuk Adly... Pang!!! kaki Yun yang bersarungkan kasut DC hinggap di muka Adly. "Lu ni mulut busuk la... cakap bio le beradap skit"... Adly hanya membuat muka stone nya sahaja. Danial pula pantas memakai losyen. "Ini macam aku paling menyerlah daa. Kasi sapu sama dahi aku, pasti licin dibawah mentari". Tapi kalaw Daniel cakap mesti tiada sapa mahu dengar. Ibarat dia bercakap dengan dinding. Yun memulakan langkah. Dia bersiul-siul memanggil Aqilah. Aqilah tersenyum. "Pergh!!! ade respon bai!!!". Dia bersiul lagi. Kali ini lebih kuat dan panjang. HOI!!!!.... Kemunculan ayah Aqilah secara mengejutnya. Teknik ini dipanggil suspens of the story. Wak Cedok, ayah Aqilah menghampiri mereka bertiga."Oi apehe mu ngaco-ngaco anak aku, menate cis!!! solak doh la liot, ado hati nk kacis anok hambo... Aku te mu baru tau... Mu ingat mu gedebe kampung aku takot"...

Yun berang. Pantang betul kalau dihina. "Ape ni pakcik!? takkan nak kacaw anak pun takleh??? Wak cedok kemudian bertambah mendidih. Dia teringin sekali menapakkan kelima-lima cincin delimanya ke muka yun. Tetapi sebagai ketua kampung dan seorang imam masjid, Dia mempunyai cadangan bernas. " Apo kato mu ore ikut aku moh ke suro, Aku nok tengok mu ore ni pandai ke tok solat... Adli bersuara. "Lets go dude... show to this old man that we can pray too".. Yun setuju. Danial hanya mengangguk menandakan bersetuju. Yun kemudian bersuara. "Wak, kalau saye lulus ujian wak.. boleh kan sye jadi menantu wak...." Wak cedok menunjukkan penumbuk dengan pantas. Ketiga-tiga mereka terkejut sambil menjerit "HAH!!!!!!"

Sesamapai dimasjid, Wak cedok mula menguji Adly. Dia meminta Adly mengazankan waktu zohor. "It's easy dude.. show me where is the mike". Wak Cedok membawa Adly ke bilik azan. Sesudah itu dia melihat jam dan memberi isyarat kepada Adly... ALLAH TAALA.. ALLAH TAALA... Bedebuk Wak Cedok kat lantai. Dia menoleh ke arah Adly. "Oii!! Apo mu ngarot ni.. wok gapo ni??? Tidak kuarang 6 minit, masjid sudah dipenuhi orang ramai kerana riuh sekampung yang mengatakan bahawa ajaran sesat telah bertapak di kampung mereka....

Kemudian, Wak Cedok bersedia mengimamkan para jemaah. Takbir diangkat. Adly, Danial dan Yun turut mengikut sama. "Allah ambo tak kusyuk".. Wak Cedok membatalkan solatnya. Diangkat semula takbir. Tetapi gagal juga kerana tidak khusyuk... Takbir lagi untuk yang kali ke3. Namun dia menjatuhkan tangan kerana tidak kushuk. "Bia saye la yang jadi imam Wak.. Wak ni macam main-main je.." Wak Cedok terdiam. Dia kemudian memberi peluang kepada Daniel mengimamkan solat. Selepas tegak dihadapan kiblat, Danial mengangkat takbir. "ALLAHUAKBAR.."... Semua jemaah ikut serta. "Hah tengok tu sekali takbir je semua follow..." Tiba-tiba Danial berpusing ke belakang selepas mengangkat takbir dan menyebabkan 13 kaki para jemmah lain melekat di belakang badannya.

Kali ini Yun sendiri meminta untuk mengimamkan solat Zohor. "Ni pelue terakir mu.. kalo mu bodo lembu jugok mace kawan mu.. tokse mimpi kawin dengan anak aku... Dengan semangat berkobar-kobar Yun terus mengimamkan solat Zohor mereka. Sempurna Dari surah ke surah dan rakaat demi rakaat. Yun menyempurnakan solat Zohor itu sekali dengan wirid dan tahlil arwah. "Baguh beno mu ni, aku pikir mu bodo.. tapi ilmu mu ni lagi tinggi dari aku.. Udoh la.. Mu ni kacok, pandai pun padai.. Toksah lo mu lepok-lepok lagi... Kawin la mu ngan Aqilo anok aku ea.. ea.. Yun sememangnya kembang apabila dipuji oleh Wak Cedok. Kemudian dengan bangganya Yun menjawab. "Alah Wak, ni sume senang la.. Kacang jer.. Ni belum lgi saye amik wuduk... kalaw da amik wuduk tadi?? beribu-ribu pahala kita dapat haaaa..." Keesokkan harinya Wak Cedok telah ditangkap Polis kerana memarang tanpa sebab.