Monday, November 30, 2009

Good Bye... BIOLOGY.....

Setelah berhempas pulas lebih dari 5 jam diatas meja, maka dengan ini diishtiharkan bahawa apiz telah selesai berperang dengan biology. Yeah!!! Alhamdulillah soalan-soalan bio spm ni mudah sikit kalau nak bandingkan dengan trial. Tapi sumpah cakap. Memang penat memerah otak kat meja tu. Nak toleh tak berani jadi terpaksalah memandang kertas exam. Kalau dah betul-betul boring, baru stop kejap. Main-main pensil ke... menconteng ke... pandang ehem2 jap... Hahaha... Apa daa Apiz.

Friday, November 27, 2009

Hari-hari yang kosong

Hmm. Rasanya kalaw tak sekolah memang boring kan. Memang boring sangat-sangat. Lagipun sekarang ni masing-masing sibuk nak study. Last minit preperation kan. Lagi 3 paper to go. Rasa-rasa macam lepas ni nak kerja la. Tapi sebelum tu nak enjoy-enjoy dulu. Habis je paper chemist, plan pertama kitorang adalah bermalam di Gabai. Lepas tu isi je la ape-ape hari tu dengan aktiviti-aktiviti tak berfaedah. Janji Apiz tak sunyi. Hahaha. Hidup Apiz ni agak sunyi dalam 2-3 bulan kebelankangan ni. Sebab tu Apiz nak isi masa kosong Apiz dengan macam-macam aktiviti lepas ni.

Pengorbanan.

Seorang kawan yang memerlukan bantuan...

Seorang kekasih yang memerlukan perhatian...

Jika anda berada di sebatang jalan dimana anda berada di tengah-tengah jalan tersebut. Dikiri anda ialah seorang kekasih yang teramat menyintai anda. Manakala di kanan anda pula, seorang sahabat yang telah banyak membantu anda. Mereka berdua berdiri di atas jalan dimana kedua-dua mereka akan dilanggar kereta. Di saat itu siapa yang mahu anda selamatkan?? Cinta?? Persahabatan?? Jika anda menyelamatkan kekasih anda... Rakan baik anda akan terkorban. Manakala jika anda menyelamatkan rakan anda... Kekasih anda pula akan terkorban...


ATAU


Anda ingin hanya melihat mereka berdua mati dengan sia-sia dihadapan mata anda... Disini, anda hanya mempunyai 1 sahaja peluang. Untuk membuktikan sama ada cinta atau persahabatan yang benar-benar menjadi kekuatan hidup anda. Pikir-pikirkan lah....


Hehehehe...

1 way...
2 say....
3 words....


I LOVE U!!!


Hahaha...
Ermm...
Malu la...
Nape ea???

Thursday, November 26, 2009

Rindu Korang Sume!!!!

Kepada semua kawan-kawan. Kita bakal melabuhkan tirai persekolahan kita. Lepas ni, masing-masing akan memulakan kehidupan baru. Nak atau tidak, kita akan berpisah dalam 3 hari lagi. Hanya gambar dan kenangan yang akan menjadi pengubat rindu. Kita tidak akan mendengar keluhan atau hilai tawa rakan-rakan yang disayangi lagi. Tiada teguran guru-guru. Tidak perlu bangkit di pagi hari. Semua itu kita akan tinggalkan untuk selama-lamanya. Kita hanya mampu mendoakan kejayaan rakan-rakan kita. Apiz akan tetap rindukan korang semua. Rajin-rajin la jengah blog ni. Selagi blog ni wujud. Kita tak akan putus pertalian sampai bila-bila.