Saturday, December 26, 2009
Tangan Yang Membuat Keputusan
Semalam masa baru lepas balik kerja.. Apiz online, tapi sekejap je. Coz badan ni letih sangat. lepastu Apiz mandi, solat and terus baring. Masa tengah baring-baring tu, Apiz terpikir.. kalau lah result Apiz ni baik kan, Apiz bercang.... BERCADANG... hahaha nak belajar kat luar negara. Tinggi kan cita-cita Apiz. Yup setinggi harapan kedua ibu bapa Apiz. Apiz teringin sambung pelajaran dalam 3 bidang ni. 1st!! Apiz nak belajar bidang robotik.. Lokasi terbaik setakat ni adalah kat jepun. 2nd!! Apiz nak belajar law.. Lokasi terbaik??? Hahaha... bersepah-sepah. Dan pilihan yang terakhir Apiz untuk sambung belajar... Ermm maybe Art dan lokasinya................. WARGHHH!!!! LIM KOK WING... (terabur gigi). Hahaha.. Apa-apa pun, hanya tangan Apiz sendiri yang mampu merubah masa depan Apiz. So Apiz berharap yang Apiz takkan kecundang kat tengah-tengah jalan sebelum Apiz sampai kat puncak.......... kejayaan!!
Thursday, December 24, 2009
Sudah Dewasa
Hahaha. Sekarang masing-masing dah dewasa. Dah pandai cari rezeki sendiri. Baguslah. Apiz pun sama jugak. Dah mula bekerja. Letih?? Memang letih la. Tapi dari situ baru kite sedar yang duit sememangya sukar dicari. Hahaha. Sekarang ni baru dapat rasa walau 10 sen, sememangnya ada nilai. Apiz tak kisah penat. Janji dapat duit yang halal. Kepada semua kawan-kawan yang dah bekerja, biar susah dahulu tapi asalkan rezeki yang kita dapat adalah rezeki halal.
Friday, December 11, 2009
Bukak Kedai Urut
Koleksi2 Peribadi
Ntah la. Apiz tak tau nak tulis apa lagi dalam blog ni. Dah terlampau boring punya pasal kan, Apiz snap je la gambar gundam Apiz. Haha. Smart tak? Dua-dua ni dah lama Apiz beli dulu. Pertengahan tahun form4 kalau tak salah. Yang atas tu nama die Force Impulse Gundam. Yang bawah lak nama die Destiny Gundam. Tapi yang dua-dua ni Apiz beli just nak lengkapkan koleksi je. Bukan betul-betul sayang.
Monday, December 7, 2009
Selamat Tinggal Chemistry.. Selamat Berpisah Rakan-Rakan
Esok adalah hari terakhir Apiz hidup sebagai serong pelajar sekolah menengah. Dan esok juga Apiz akan menamatkan perang pelajaran yang teramat menyeksakan. Chemistry, aku akan jahanamkan kau. Hahahaha. Sedih la. Macam mana nak cakap pun tak tahu.
Friday, December 4, 2009
Bermulanya Perjalanan Ini
Hanya tinggal beberapa detik sahaja, kita bakal memulakan perjalanan baru. Perjalanan yang teramat jauh. Kita akan menggapai impian kita dihujung perjalanan ini. Mampukah kita?? Ia. Kita mampu melakukannya. Apa yang menjadi penyokong perjalanan ini adalah usaha-usaha kita. Kita bakal berpisah disini. Mungkin tidak akan berjumpa lagi. Lihat tangan ini. Ini adalah janji kita semua. Walau sesukar mana cabaran yang ditempuhi.... Kita akan tetap berdiri... Dan selagi kita berdiri, kita akan terus berlari mengejar cita-cita kita, kehidupan kita dan masa muda kita.... Sehingga sampai waktunya.
Thursday, December 3, 2009
Hari Kejatuhan Fizik!!!
Satu lagi musuh ketat telah ditumbangkan. Selamat tinggal Fizik!!!!. Hahahaha. Another one paper to go. Lepas ni tinggal chemistry je. King segala paper or boss semua paper-paper yang lepas. Ambik la masa sikit nak study sebab chemis ni susah sikit. Lepas habis je chemist. Apiz nak overnight lama-lama. Yang penting kerja... Kerja... Lalalala.
Subscribe to:
Posts (Atom)