Friday, July 31, 2009

Sekali Lagi Kau Muncul

Apa yang aku ceritakan dulu... Korang ingat lagi tak... Pasal aku jumpa entiti yang menyerupai adik aku... Semalam(Khamis), sekali lagi aku melihat kekuasaan tuhan... Dan kali ini... Aku mungkin melihat seorang gadis mangsa bunuh... Yang pernah berlaku suatu masa dahulu......................


Beberapa tahun dahulu... Seorang guru yang agak rapat dengan aku pernah menceritakan satu cerita yang amat mengerikan... Cerita mengenai pengalamannya ketika berada di sekolahku... Semasa tahun-tahun awal pengajarannya... Ada satu kejadian dimana seorang pelajar perempuan membunuh diri di salah satu tandas sekolahku... Khabar mengatakan bahawa perempuan itu mengandung setelah ditinggalkan kekasihnya... Akibat dari kejadian tersebut semua tandas yang berada sederet atas dan bawah blok itu ditutup... Semenjak kejadian itu... Ramai orang pernah terserempak dengan lembaga pelajar perempuan menangis, berjalan-jalan, dan berdiri..........


Berbalik kepada cerita aku... Semalam aku menguruskan beberapa aktiviti melibatkan pusat sumber sekolahku... Akitiviti itu berjalan sehingga ke tengah hari... Kemudian pada sebelah petang pula... Aku bersama-sama beberapa orang rakanku terpaksa membuat persiapan untuk penutupan minggu pusat sumber... Kami terpaksa tinggal di sekolah sehingga lewat petang... Kerana aku keletihan... Aku bercadang untuk merehatkan diriku di bilik media... Bilik media adalah kawasn paling gelap di pusat sumber... Aku melangkah masuk... Dan aku menutup semua sis-suis yang tidak diperlukan... Kemudian aku ke kawasan kerusi untuk membetulka kerusi-kerusi yang senget... Tetapi, semasa aku tunduk untuk mengambil barangku yang terjatuh, aku terlihat di cermin seperti sesuatu berada di belakangku... Aku tegamam... Seorang perempuan berpakaian lusuh berada betul-betul di belakangku... Aku cuba menenagkan perasaanku... Dengan pantas, aku keluar meninggalkan bilik tersebut dan berlagak tenang... Aku tidak mahu rakan-rakanku tahu kerana mereka masih lagi banyak kerja untuk disiapkkan... Aku ingin menyuruh mereka meninggalkan pusat sumber kerana tidak mahu sesuatu berlaku... Tetapi aku akan menggangu emosi mereka dan membebankan mereka sahaja... Jadi sebelum pulang... Aku ke bilik itu semula dan membaca ayat kursi... Setelah itu aku minta izin untuk pulang.......... SEKOLAHKU MEMANG BERPENUNGGU... OLEH KERANA ITU... PUSAT SUMBER SEKOLAHKU MESTI DITUTUP SEBELUM PUKUL 6... KAWSAN-KAWASAN TINGKAT 3 SEKOLAHKU JUGA DIKOSONGKAN KERANA ITU ADALAH LALUAN....................... MEREKA!!!

Wednesday, July 29, 2009

Gambar-Gambar lawatan



Ni anatara gambar-gambar lawatan yan sempat Ain snap... Hahaha... Sebenarnya banyak lagi... Tapi ni je yang mampu aku letak... Lain kali kalu ade apa-apa tempat lain yang aku pergi lagi, aku akan letak untuk tatapan korang... Thankz a lot Ain... Wee...

Sunday, July 26, 2009

Melawat Sambil Membuat Lawatan


ZZZstTss..... Okey2... Korang kat siaran yang betul... Tv 77... Hehehe juz kiddin je la... Ni la gambar masa aku pergi lawatan baru-baru ni... Gambar ni telah di-edit oleh Ain.. Si comel yang duduk kat atas tembok dalam gambar... Gambar ni berlatar belakangkan Pusat Sumber negara... Antara 1 tempat yang menjadi destinsai lawatan kami... Banyak lagi gambar yang diambil sebenarnya... Tapi cuma ni je yang sempat sampai kat tangan aku... Yang lain-lain tu aku kena mintak kat orang kot... Hahaha... Napak tak si botak dalam gambar tu... Dia takde kena mengena ngan aku... Hahaha... Lawatan PSS sekolah aku ni memang gempak tau... Bayar Rm10 je tapi jalan-jalan lak sampai menara KL... Teramat jakunnya aku sebab tak pernah sampai lagi... Huhuhu...

Saturday, July 25, 2009

Apa Yang Saya Lihat???

Hari Jumaat 24 Julai... Aku pulang selepas lepak bersama rakanku Azizan... Dalam perjalanan pulang selepas menghantarnya, aku melihat jam di tangan... Sudah pukul 10 malam... Aku tidak berniat untuk singgah dimana-mana lagi... Aku mempercepatkan motorsikalku kerana mataku sudah terlalu berat... Malam itu suasananya seperti biasa... Aku lihat orang-orang tua masih lagi lepak-lepak di warung mamak... Beberapa orang remaja pula leka membuang masa di tepi-tepi jalan... Apabila sampai di rumah, aku lihat ahli-ahli keluargaku masih belum tidur... Aku bergegas ke tandas dan mengambil wuduk... Terus menunaikan solat kemudian aku menyiapkan tempat tidurku... Aku membaringkan kepalaku diatas bantal... Melihat jam di dinding... Sudah pukul 10.42 malam... Kemudian aku terus terlena.................. JAM 3.21 pagi... Aku terjaga dari lena kerana ingin ke tandas... Aku membuka pintu bilikku... Apabila pintu dibuka, aku terlihat adikku yang paling bongsu masih lagi bermain komputer... Aku membiarkannya dahulu kerana aku tidak tahan lagi untuk ke tandas... Dalam fikiranku, aku ingin memarahinya kerana tidur terlampau lewat... Sesudah urusanku ditandas selesai... Aku kembali ke ruang tamu... Aku lihat adikku masih lagi bermain komputer... Aku kemudian menyuruhnya tidur... Senyap... Dia tidak memberikan sebarang respon... Oleh sebab terlampau mengantuk... Aku membiarkannya... Aku menuju ke bilik dan terus baring semula... Tetapi aku terkejut kerana adikku masih lagi nyenyak tidur... Aku membeliakkan mataku... Kemudian bingkas bangun untuk melihat keluar semula... Sunyi... Komputer dan kerusi bersusun rapi... Tiada tanda-tanda komputer dihidupkan... Aku bingung... Aku sedar dan tidak bermimpi... Siapakah tadi??? Adakah susur galur keturunanku mencariku???

Tuesday, July 21, 2009

Zaman Sekolah

Ehem2... Memperkenalkan 5sn2... Hehe... Ni maybe tahun paling bermakna dalam hidup aku kot... Sebab kawan-kawan dalam kelas aku ni semua sporting... Kelas aku ni tak pernah ade puak tau... Kelas yang berpuak bagi aku agak memalaukan sebab duduk satu kelas tapi buat hal masing-masing... Macam tu baik tak payah masuk kelas tu kan... kan... Dalam pic ni aku agak masuk air gak la... Hahaha... Well persahabatan ni aku harap akan kekal untuk selama-lamanya... Zaman sekolah ni memang seronok...

Saturday, July 18, 2009

Gembira... Ceria... Gila

Lihat gambar diatas... Kehidupan yang amat gembira sedang dilalui oleh mereka bertiga... hidup kita seharusnya seperti mereka... Pemuda yang ditengah-tengah Dan yang ber tali leher merah itu saling tak tumpah seperti Michael Jacson... itu mungkin terlampau ceria.... Wajahnya... Giginya... Ya amat serupa sekali... Mereka remaja yang gila2... Berstail dan amat bertenaga...

Thursday, July 16, 2009

Rahsia Tarikh Lahir

Tarikh lahir kita menerangkan siapa kita, apakah kelebihan kita dan apakah
kebolehan kita. Ia juga menunjukkan apakah yang harus kita pelajari dan cabaran
yang perlu kita hadapi. Untuk mengetahui nombor lahir kita, kita boleh
mencampurkan nombor-nombor tarikh lahir kita sehingga ianya menjadi satu nombor
tunggal

Contoh:

12 April 1974

12 + 4 + 1974 = 1990

1 + 9 + 9 +0 = 19

1 + 9 = 10

1 + 0 = 1

(Jadi nombor lahirnya ialah 1)



1. Ketulenan


Hadir dengan idea baru. - Memperolehi sesuatu dengan cara yang tersendiri. -
Golongan ini merupakan yang paling jujur dan boleh mempelajari dengan baik
teknik diplomasi. - Mereka suka mengambil inisiatif dan suka menjadi yang
terbaik dan kebiasannya adalah pemimpin atau boss. - Bekerja sendiri merupakan
pilihan terbaik mereka.

Perkara yang perlu dipelajari: Idea dan pendapat yang lain mungkin baik atau
lebih baik. Berfikirlah secara terbuka.

Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 1: Abe, Tom Hanks, Robert Redford,
Hulk Hogan, Coral Burnett, Wynona Judd, Nancy Reagan, Requel Welach



2. Pendamai


Dilahirkan sebagai diplomat. - Mereka selalu memikirkan dan peka terhadap
keperluan dan perasaan orang lain sebelum mengambil kira dirinya sendiri. -
Secara semulajadi sangat analitikal dan suka mengikut gerak hati. - Mereka tidak
suka bersendirian. -Persahabatan adalah penting buat mereka dan berupaya
mendorong mereka untuk berjaya di dalam hidup; tetapi mereka sanggup untuk
bersendirian jika hubungan yang terjalin itu tidak serasi.

- Golongan ini secara semulajadi adalah pemalu, mereka patut belajar untuk
meningkatkan nilai kendiri (self esteem) dan meluahkan perasaan secara terbuka
tanpa berselindung.

Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 2: President Bill Clinton,
Madonna, Whoppi Goldberg, Thomas Edison,Wolfgang Amadeus Mozart.




3. Ceria


Mereka sangat kreatif, so****, mesra, romantik dan mudah dibawa berunding. -
Mereka suka memulakan sesuatu tetapi jarang dapat menghabiskannya. -Mereka
suka orang lain gembira dan sanggup melakukan apa sahaja untuk mencapainya. -

Mereka sangat popular dan idealistik.

- Golongan ini perlu belajar untuk melihat sesuatu dengan lebih realistik.

Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 3: Alan Alda, Ann Landers, Bill
Cosby, Melanie Griffith, Salvador Dali, Jody Foster




4. Konsevatif


Golongan ini sangat peka dan tradisional. - Mereka sukakan arahan dan sesuatu
yang rutin. - Mereka hanya akan bertindak apabila faham sepenuhnya tentang apa
yang sepatutnya mereka lakukan. - Mereka suka bekerja keras dan sangguh
melakukan sesuatu kerja secara sendirian. - Mereka mudah tertarik dengan
aktiviti luar dan merasai pertalian dengan alam sekitar. - Mereka berupaya untuk
bersabar, tekun dan adakala dianggap degil.

- Mereka harus belajar untuk lebih feksibel dan bersikap lebih baik terhadap
diri sendiri.

Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 4: Neil Diamond, Margaret
Thatcher, Arnorld Schwarzenegger, Tina Turner, Paul Hogan




5. Perintis


Mereka adalah perintis. - Secara semulajadi mereka mempunyai sikap ingin tahu
dan suka mengambil risiko serta sangat bersemangat (enthusiasm). - Mereka
perlukan kepelbagaian dan tidak suka disekat. - Dunia ini adalah sekolah mereka,
mereka memerhatikan setiap peluang untuk mempelajari sesuatu daripada setiap
situasi yang ditempuhi. - Persoalan yang bermain difikiran mereka tidak pernah
terhenti.

- Golongan ini dinasihatkan untuk melihat sesuatu dengan teliti dan mendapat
semua fakta yang diperlukan sebelum membuat sesuatu kesimpulan.

Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 5: Abraham Lincoln, Chorlotte
Bronte, Jessica Walter, Vincent Van Goh, Bette Midler, Helen Kellar dan Mark
Hamil.




6. Romantik


Golongan ini adalah idealistik dan memerlukan sesuatu sebab untuk berasa
gembira. - Hubungan kekeluarga yang kuat adalah penting buat mereka. - Perasaan
mereka mempengaruhi keputusan mereka. - Mereka sangat suka untuk membantu dan
menjaga seseorang. - Mereka sangat setia dan boleh menjadi
guru yang terbaik. - Mereka suka seni musik. - Mereka menjadi teman yang setia
kepada sesiapa yang menjalin persahabatan secara serius.

- Golongan ini harus belajar apakah yang boleh diubah dan apakah yang tidak
boleh diubahnya.

Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 6: Albert Einstein, Jane Saymour,
John Denver, Merly Streep, Christopher Columbus, Goldie Hawn




7. Intelektual


Golongan ini adalah Pencari. Selalu menyelesaikan sesuatu yang tersembunyi, dan
mereka sukar untuk menerima sesuatu perkara dengan mudah. - Perasaan mereka
tidak mempengaruhi keputusan mereka. - Mereka suka mempersoalkan apa yang ada
disekeliling mereka tetapi mereka tidak suka dipersoalkan. - Mereka kerap
dikenali sebagai ahli falsafah dan sangat berpengetahuan dan kadangkala
bersendirian. - Mereka gemarkan perkara yang berteknikal dan berkebolehan untuk
menjadi penyelidik yang baik dalam menyelesaikan sesuatu perkara. - Mereka
sangat suka berahsia.

- Golongan ini hidup dalam dunia mereka tersendiri dan mereka perlu belajar

untuk menerima kenyataan dunia sebenar.

Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 7: William Shakespeare, Lucille
Ball, Micheal Jackson, Joan Baez, Princess Diana



8. Penyelesaian


Golongan ini adalah penyelesaian masalah. - Mereka adalah profesional, berterus
terang, penilai yang baik dan sangat tegas. - Mereka selalu mempunyai
perancangan yang hebat dan suka hidup dalam suasana kehidupan yang terbaik. -
Mereka sangat suka mengendalikan manusia. Mereka melihat manusia secara
objektif. - Mereka akan memberitahu seseorang dengan cara mereka tersendiri
bahawa mereka adalah ketua.

- Golongan ini perlu belajar untuk membuat keputusan berdasarkan keperluan
sendiri daripada mengikut keperluan orang lain.

Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 8: Edgar Cayce, Barbra Streisand,
George Harrison,Jane Fonda, Pablo Picasso, Aretha Franklin, Nostrodamus.



9. Pelakon


Golongan ini mempunyai kebolehan untuk menghiburkan orang lain. - Mereka sangat
penyayang dan pemurah. - Dengan daya tarikan yang ada, mereka tidak mempunyai
masalah untuk berkawan dengan sesiapa jua dan pada mereka tiada sesiapapun yang
dianggap asing kepada mereka. - Mereka mempunyai personaliti yang pelbagai
sehingga menyukarkan orang sekeliling mereka untuk memahami mereka. - Mereka
umpama binatang sumpah-sumpah yang boleh berubah dan menyesuaikan diri mengikut
persekitaran. - Mereka mempunyai nasib yang sangat baik tetapi juga boleh
menderita akibat terlalu bergantung kepada nasib dan perasaan (mood).

- Untuk berjaya golongan ini perlu membina landasan kasih sayang.

Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 9: Albert Schweitzer, Shirley
MacLaine, Harrison Ford, Gloria Steinem, Jimmy Carter, Elvis Presley, purnama17

Maskot oh Maskot

Hari paling besh... Hehehe... Pelik tak??? Ni kostum dinosour... Maskot ntuk umah hijau... agak besh gak tau jadi maskot... Jalan-jalan keliling stadium... Pastu orang mintak amik gambar... Hahaha... Tapi agak panas gak la sebab kena sarung bantal kat perut... Bia nmpak macam chubby skit... Hahaha... Dan senang nak transform jadi orang balik... Cuma tanggalkan kepala dinosour tu kebelakang... Kalau nak jadi dinosour balik pulak just sarung je ( Pengaruh Transformers )..........

Tuesday, July 14, 2009

Perbezaan Sahabat Dan Teman


Setiap orang yang hidup di bumi ini perlukan teman... Walaupun anda seorang pendiam, mereng, Cak Cibong atau lurus bendul... Teman amat diperlukan untuk menjalani kehidupan... Apa itu teman?? Ya teman ialah seseorang yang rapat dan amat memahami kita... Teman adalah orang yang mampu gelak ketawa bersama-sama kita dan kelemahan teman adalah sukar dicari apabila kita berada dalam keadaan sedih... Itulah kelemahan teman... Mampu bersama hanya untuk berseronok dan hilang pabila tibanya duka... Sahabat... Seseorang yang teramat mengenali diri kita... Mampu menangis dan tertawa bersama kita... Menyelami hati kita sedalam-dalamnya... Berkawan tanpa mengira darjat atau pangkat... Mementingkan sahabatnya sehingga mampu mempertaruhkan nyawa... Sahabat juga tidak akan menikam rakannya dari belakang... Anda-anda mempunyai sahabat?? Jangan menjadi seseorang seperti teman... Jadilah sahabat... Sahabat yang sentiasa disamping anda dikala suka duka... SAYANGILAH SAHABAT ANDA!!!!!

Saturday, July 11, 2009

Kerana Bodohnya Pak Pandir

Mari kita ikuti kisah Pak Pandir... Seorang yang agak mangkuk+ayun dan periang... Suatu pagi yang hening, pak pndir keluar bersiar-siar disekeliling kampung... Dia berjalan-jalan sambil bersiul-siul dengan kakinya terkengkang-kengkang melangkah dengan amat riang sekali... Setiap peluk kampung dijejakinya dan menengur semua orang yang dikenalnya... Sehinggalah Pak Pandir sampai di tepi pantai... Langkahnya terhenti... Dia melihat jalannya begitu lama sekali... Peluh menitis di pipinya... Pak Pandir melihat lagi jalan itu... Kemudian dia menggaru-garu kepalanya... Tersengeh-sengeh... Dia kemudian terus bercangkung untuk melihat sesuatu diatas jalan itu... Menghulurkan tangannya dan meramas-ramas benda itu... Kemudian Pak Pandir mejilat-jilat benda itu... " Macam rasa pegang taik..." "Taste pun macam taik..." Untuk memuaskan hatinya, Pak Pandir mencium bau benda itu sedalam-dalamnya... "Pergh... Sah ni taik... Hahaha... Nasib baik aku tak pijak.... Kalau tak naya kaki aku..." Pelik betul Pak Pandir ni... Macam-macam hal yang dia buat....