Saturday, July 25, 2009
Apa Yang Saya Lihat???
Hari Jumaat 24 Julai... Aku pulang selepas lepak bersama rakanku Azizan... Dalam perjalanan pulang selepas menghantarnya, aku melihat jam di tangan... Sudah pukul 10 malam... Aku tidak berniat untuk singgah dimana-mana lagi... Aku mempercepatkan motorsikalku kerana mataku sudah terlalu berat... Malam itu suasananya seperti biasa... Aku lihat orang-orang tua masih lagi lepak-lepak di warung mamak... Beberapa orang remaja pula leka membuang masa di tepi-tepi jalan... Apabila sampai di rumah, aku lihat ahli-ahli keluargaku masih belum tidur... Aku bergegas ke tandas dan mengambil wuduk... Terus menunaikan solat kemudian aku menyiapkan tempat tidurku... Aku membaringkan kepalaku diatas bantal... Melihat jam di dinding... Sudah pukul 10.42 malam... Kemudian aku terus terlena.................. JAM 3.21 pagi... Aku terjaga dari lena kerana ingin ke tandas... Aku membuka pintu bilikku... Apabila pintu dibuka, aku terlihat adikku yang paling bongsu masih lagi bermain komputer... Aku membiarkannya dahulu kerana aku tidak tahan lagi untuk ke tandas... Dalam fikiranku, aku ingin memarahinya kerana tidur terlampau lewat... Sesudah urusanku ditandas selesai... Aku kembali ke ruang tamu... Aku lihat adikku masih lagi bermain komputer... Aku kemudian menyuruhnya tidur... Senyap... Dia tidak memberikan sebarang respon... Oleh sebab terlampau mengantuk... Aku membiarkannya... Aku menuju ke bilik dan terus baring semula... Tetapi aku terkejut kerana adikku masih lagi nyenyak tidur... Aku membeliakkan mataku... Kemudian bingkas bangun untuk melihat keluar semula... Sunyi... Komputer dan kerusi bersusun rapi... Tiada tanda-tanda komputer dihidupkan... Aku bingung... Aku sedar dan tidak bermimpi... Siapakah tadi??? Adakah susur galur keturunanku mencariku???
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment