kebolehan kita. Ia juga menunjukkan apakah yang harus kita pelajari dan cabaran
yang perlu kita hadapi. Untuk mengetahui nombor lahir kita, kita boleh
mencampurkan nombor-nombor tarikh lahir kita sehingga ianya menjadi satu nombor
tunggal
Contoh:
12 April 1974
12 + 4 + 1974 = 1990
1 + 9 + 9 +0 = 19
1 + 9 = 10
1 + 0 = 1
(Jadi nombor lahirnya ialah 1)
1. Ketulenan
Hadir dengan idea baru. - Memperolehi sesuatu dengan cara yang tersendiri. -
Golongan ini merupakan yang paling jujur dan boleh mempelajari dengan baik
teknik diplomasi. - Mereka suka mengambil inisiatif dan suka menjadi yang
terbaik dan kebiasannya adalah pemimpin atau boss. - Bekerja sendiri merupakan
pilihan terbaik mereka.
Perkara yang perlu dipelajari: Idea dan pendapat yang lain mungkin baik atau
lebih baik. Berfikirlah secara terbuka.
Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 1: Abe, Tom Hanks, Robert Redford,
Hulk Hogan, Coral Burnett, Wynona Judd, Nancy Reagan, Requel Welach
2. Pendamai
Dilahirkan sebagai diplomat. - Mereka selalu memikirkan dan peka terhadap
keperluan dan perasaan orang lain sebelum mengambil kira dirinya sendiri. -
Secara semulajadi sangat analitikal dan suka mengikut gerak hati. - Mereka tidak
suka bersendirian. -Persahabatan adalah penting buat mereka dan berupaya
mendorong mereka untuk berjaya di dalam hidup; tetapi mereka sanggup untuk
bersendirian jika hubungan yang terjalin itu tidak serasi.
- Golongan ini secara semulajadi adalah pemalu, mereka patut belajar untuk
meningkatkan nilai kendiri (self esteem) dan meluahkan perasaan secara terbuka
tanpa berselindung.
Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 2: President Bill Clinton,
Madonna, Whoppi Goldberg, Thomas Edison,
3. Ceria
Mereka sangat kreatif, so****, mesra, romantik dan mudah dibawa berunding. -
Mereka suka memulakan sesuatu tetapi jarang dapat menghabiskannya
suka orang lain gembira dan sanggup melakukan apa sahaja untuk mencapainya. -
Mereka sangat popular dan idealistik.
- Golongan ini perlu belajar untuk melihat sesuatu dengan lebih realistik.
Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 3: Alan Alda, Ann Landers, Bill
Cosby, Melanie Griffith, Salvador Dali, Jody Foster
4. Konsevatif
Golongan ini sangat peka dan tradisional. - Mereka sukakan arahan dan sesuatu
yang rutin. - Mereka hanya akan bertindak apabila faham sepenuhnya tentang apa
yang sepatutnya mereka lakukan. - Mereka suka bekerja keras dan sangguh
melakukan sesuatu kerja secara sendirian. - Mereka mudah tertarik dengan
aktiviti luar dan merasai pertalian dengan alam sekitar. - Mereka berupaya untuk
bersabar, tekun dan adakala dianggap degil.
- Mereka harus belajar untuk lebih feksibel dan bersikap lebih baik terhadap
diri sendiri.
Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 4: Neil Diamond, Margaret
Thatcher, Arnorld Schwarzenegger,
5. Perintis
Mereka adalah perintis. - Secara semulajadi mereka mempunyai sikap ingin tahu
dan suka mengambil risiko serta sangat bersemangat (enthusiasm). - Mereka
perlukan kepelbagaian dan tidak suka disekat. - Dunia ini adalah sekolah mereka,
mereka memerhatikan setiap peluang untuk mempelajari sesuatu daripada setiap
situasi yang ditempuhi. - Persoalan yang bermain difikiran mereka tidak pernah
terhenti.
- Golongan ini dinasihatkan untuk melihat sesuatu dengan teliti dan mendapat
semua fakta yang diperlukan sebelum membuat sesuatu kesimpulan.
Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 5: Abraham Lincoln, Chorlotte
Bronte, Jessica Walter, Vincent Van Goh, Bette Midler, Helen Kellar dan Mark
Hamil.
6. Romantik
Golongan ini adalah idealistik dan memerlukan sesuatu sebab untuk berasa
gembira. - Hubungan kekeluarga yang kuat adalah penting buat mereka. - Perasaan
mereka mempengaruhi keputusan mereka. - Mereka sangat suka untuk membantu dan
menjaga seseorang. - Mereka sangat setia dan boleh menjadi
guru yang terbaik. - Mereka suka seni musik. - Mereka menjadi teman yang setia
kepada sesiapa yang menjalin persahabatan secara serius.
- Golongan ini harus belajar apakah yang boleh diubah dan apakah yang tidak
boleh diubahnya.
Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 6: Albert Einstein, Jane Saymour,
John Denver, Merly Streep, Christopher Columbus, Goldie Hawn
7. Intelektual
Golongan ini adalah Pencari. Selalu menyelesaikan sesuatu yang tersembunyi, dan
mereka sukar untuk menerima sesuatu perkara dengan mudah. - Perasaan mereka
tidak mempengaruhi keputusan mereka. - Mereka suka mempersoalkan apa yang ada
disekeliling mereka tetapi mereka tidak suka dipersoalkan. - Mereka kerap
dikenali sebagai ahli falsafah dan sangat berpengetahuan dan kadangkala
bersendirian. - Mereka gemarkan perkara yang berteknikal dan berkebolehan untuk
menjadi penyelidik yang baik dalam menyelesaikan sesuatu perkara. - Mereka
sangat suka berahsia.
- Golongan ini hidup dalam dunia mereka tersendiri dan mereka perlu belajar
untuk menerima kenyataan dunia sebenar.
Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 7: William Shakespeare, Lucille
Ball, Micheal Jackson, Joan Baez, Princess Diana
8. Penyelesaian
Golongan ini adalah penyelesaian masalah. - Mereka adalah profesional, berterus
terang, penilai yang baik dan sangat tegas. - Mereka selalu mempunyai
perancangan yang hebat dan suka hidup dalam suasana kehidupan yang terbaik. -
Mereka sangat suka mengendalikan manusia. Mereka melihat manusia secara
objektif. - Mereka akan memberitahu seseorang dengan cara mereka tersendiri
bahawa mereka adalah ketua.
- Golongan ini perlu belajar untuk membuat keputusan berdasarkan keperluan
sendiri daripada mengikut keperluan orang lain.
Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 8: Edgar Cayce, Barbra Streisand,
George Harrison,Jane Fonda, Pablo Picasso, Aretha Franklin, Nostrodamus.
9. Pelakon
Golongan ini mempunyai kebolehan untuk menghiburkan orang lain. - Mereka sangat
penyayang dan pemurah. - Dengan daya tarikan yang ada, mereka tidak mempunyai
masalah untuk berkawan dengan sesiapa jua dan pada mereka tiada sesiapapun yang
dianggap asing kepada mereka. - Mereka mempunyai personaliti yang pelbagai
sehingga menyukarkan orang sekeliling mereka untuk memahami mereka. - Mereka
umpama binatang sumpah-sumpah yang boleh berubah dan menyesuaikan diri mengikut
persekitaran. - Mereka mempunyai nasib yang sangat baik tetapi juga boleh
menderita akibat terlalu bergantung kepada nasib dan perasaan (mood).
- Untuk berjaya golongan ini perlu membina landasan kasih sayang.
Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 9: Albert Schweitzer, Shirley
MacLaine, Harrison Ford, Gloria Steinem, Jimmy Carter, Elvis Presley, purnama17
No comments:
Post a Comment