Apa yang aku ceritakan dulu... Korang ingat lagi tak... Pasal aku jumpa entiti yang menyerupai adik aku... Semalam(Khamis), sekali lagi aku melihat kekuasaan tuhan... Dan kali ini... Aku mungkin melihat seorang gadis mangsa bunuh... Yang pernah berlaku suatu masa dahulu......................
Beberapa tahun dahulu... Seorang guru yang agak rapat dengan aku pernah menceritakan satu cerita yang amat mengerikan... Cerita mengenai pengalamannya ketika berada di sekolahku... Semasa tahun-tahun awal pengajarannya... Ada satu kejadian dimana seorang pelajar perempuan membunuh diri di salah satu tandas sekolahku... Khabar mengatakan bahawa perempuan itu mengandung setelah ditinggalkan kekasihnya... Akibat dari kejadian tersebut semua tandas yang berada sederet atas dan bawah blok itu ditutup... Semenjak kejadian itu... Ramai orang pernah terserempak dengan lembaga pelajar perempuan menangis, berjalan-jalan, dan berdiri..........
Berbalik kepada cerita aku... Semalam aku menguruskan beberapa aktiviti melibatkan pusat sumber sekolahku... Akitiviti itu berjalan sehingga ke tengah hari... Kemudian pada sebelah petang pula... Aku bersama-sama beberapa orang rakanku terpaksa membuat persiapan untuk penutupan minggu pusat sumber... Kami terpaksa tinggal di sekolah sehingga lewat petang... Kerana aku keletihan... Aku bercadang untuk merehatkan diriku di bilik media... Bilik media adalah kawasn paling gelap di pusat sumber... Aku melangkah masuk... Dan aku menutup semua sis-suis yang tidak diperlukan... Kemudian aku ke kawasan kerusi untuk membetulka kerusi-kerusi yang senget... Tetapi, semasa aku tunduk untuk mengambil barangku yang terjatuh, aku terlihat di cermin seperti sesuatu berada di belakangku... Aku tegamam... Seorang perempuan berpakaian lusuh berada betul-betul di belakangku... Aku cuba menenagkan perasaanku... Dengan pantas, aku keluar meninggalkan bilik tersebut dan berlagak tenang... Aku tidak mahu rakan-rakanku tahu kerana mereka masih lagi banyak kerja untuk disiapkkan... Aku ingin menyuruh mereka meninggalkan pusat sumber kerana tidak mahu sesuatu berlaku... Tetapi aku akan menggangu emosi mereka dan membebankan mereka sahaja... Jadi sebelum pulang... Aku ke bilik itu semula dan membaca ayat kursi... Setelah itu aku minta izin untuk pulang.......... SEKOLAHKU MEMANG BERPENUNGGU... OLEH KERANA ITU... PUSAT SUMBER SEKOLAHKU MESTI DITUTUP SEBELUM PUKUL 6... KAWSAN-KAWASAN TINGKAT 3 SEKOLAHKU JUGA DIKOSONGKAN KERANA ITU ADALAH LALUAN....................... MEREKA!!!
cito bonar ke tipu nyah?
ReplyDelete