Sunday, August 30, 2009

Kembalinya Aku Ke Medan Tempur


Nampaknya aku dan rakan rakan akan kembali ke medan tempur semula. Ya, medan tempur kami semua ialah peperiksaan. Dengan berbekalkan usaha sebagai penyelamat, dan alat-alat tulis sebagai senjata, kami pasti akan melalui detik-detik yang membosankan. Lihat kartun diatas. Itu adalah salah satu contoh dimana mereka tidak mempunyai persediaan. Akibatnya mereka hanya menghatar kertas berlubang kepada cikgu mereka. Kita tidak mahu jadi seperti mereka. Kita mahu berjaya. Oleh itu, dengan semangat sebagai seorang pelajar, kita harus tentang berhabis-habisan demi mencapai kemenangan bersama.

Saturday, August 29, 2009

Bear Ni For Someone


Apiz nak bagi bear ni untuk someone... Hehehe... Lalala

Friday, August 28, 2009

Katak Pisang

Hari ni aku masih lagi demam. Huhu. Tapi aku kuat la. Boleh je aku puasa. Tak ponteng pun. Hehehe. Rasa-rasa cuti aku pun dah makin sikit. Bukak sekolah nanti ada trial exam. Takot. Macam tak. Macam takot jugak. Nak buat macam mana. Hadap je la. Raya tahun ni pun macam tak penting sangat. Fokus Apiz!!!. Haha. Maybe raya tahun ni disambut dengan latihan-latihan yang menggunung. Harap boleh bantu dapat result baik dalam spm. Tadi ade kawan bagitau petua nak hilang panas badan. Caranya bubuh daun pisang kat atas tilam dan baring sampai daun tu layu. Masalahnya aku tak ada daun pisang. Apa lagi, aku upah budak-budak kecik suh amik daun pisang kat kebun. Yang bestnye budak-budak ni, dorang bukan bawak daun je. Sekali dengan katak pisang dorang kidnap. Terperanjat aku masa bukak daun tu. Nasib baik katak tu melompat keluar rumah. Hahaha.

Thursday, August 27, 2009

Bahana Meriam

Adui. Hari ni aku demam la. Puasa-puasa pun boleh demam. Jangan H1N1 sudah la. Kang tak beraya aku tahun nie. Haha. Tahun ni baju raya aku warna kuning. Siapa minat kuning??? Hehe. Kelmarin nasib baik aku tak mati. Betul main meriam memang seronok. Tapi kalau kena macam apa yang aku kena. Baru korang tau. Kelmarin, lepas aku selesai menunaikan solat isyak dan terawih, aku terus pulang ke rumah. Bila dah sampai kat bawah blok aku, aku nampak ramai budak-budak bermain mercun. Seronok benar diorang. Sambil menunggu lif sampai, aku memerhatikan karena-karenah diorang. Terdetik jugak kat hati yang perangai aku dulu lagi nakal dari diorang. Hahaha. Bila lif dah sampai, aku nampak kawan aku Jagung keluar dari lif. Dia bertanya kemana aku tadi. Aku menyindir dia berkata aku ke disko. Dia kemudian mengajak aku melihat budak-budak bermain meriam. Aku memang sudah lama merindui letupan meriam sejak aku keluar berpindah dari kem. Bila aku sampai ja di tapak tersebut, aku melihat ramai makhluk-makhluk tuhan yang tak bersembahyang lepak bermain meriam. Aku hanya duduk di tepi. Malas pulak aku nak main. Rasa macam mangkuk je main meriam tin. Yang si Jagung pulak betu-betul gian nak main. Bila sampai terus je sambar kabaid. Bubuh dah la sampai 2. Dah tu Pijak tin lama-lama. Budak-budak lain semua dah lari jauh. Aku lak baru nak lari. Sekali Jagung boleh lak cucuh meriam tu arah aku. BOOOMMM!!!!!!!. Tin meriam tu melayang sebelah muka aku. Terduduk aku. Trauma kejap. Jagung muka dah pucat. Dia datang angkat aku. Mangkuk punya Jagung. Tergelak aku kat situ. Rase macam nak hentak je kepala dia kat tin tu. Nasib baik muka dia pucat. Kalau tak. Aku cucuh kepala dia kat dalam meriam tu. Dah la ajak aku. Lepas tu boleh pulak nak bunuh aku...................... Tu la. Tak professional. Tengok macam aku. Mantan pemain meriam. Len kali belajar dulu dari senior. Apa Daaaaa........

Wednesday, August 26, 2009

Kasihan Acai

Suatu pagi, Ibu Acai meminta tolong Acai untuk membelikannya ubat. Ibunya memberi Acai duit dan menyuruhnya membeli ubat di kedai singse( kedai ubat cina ). Sebelum ke kedai, ibu Acai berpesan supaya bertanyakan berapa harga ubat dan berapa banyak yang perlu dimakan. Acai faham. Dia meneruskan perjalanannya ke kedai. Sesampai di kedai, Acai terus mendapatkan tabib. Setelah mendapat ubat yang dikehendaki, tabib memberitahu acai "harga ubat RM8, makan 2 biji, 3 kali sehari. Dalam perjalanan pulang, untuk tidak terlupa apa yg dipesan oleh tabib, Acai mengulanginya berkali-kali. RM8, makan 2 biji, 3 kali sehar. Rm8, makan 2 biji, 3 kali sehari. Tiba-tiba Acai tersadung batu. Dia terjatuh namun mujur ubat ibunya tidak berterabur. Setelah membersihkan pakaiannya Acai meneruskan perjalanan pulang kerumah sambil menyebut RM3, Makan 8 biji, 2 Kali sehari. RM 3, 8 biji, 2 kali sehari............. Keesokannya, Acai telah menjadi yatim piatu... Kesian Acai...

Monday, August 24, 2009

Kandid Dan Kandid



Tengoklah... Mereka-mereka yang gila kamera... Termasuk aku... Hehe... Nak ambik 1 gambar je... Tapi macam-macam "pe'el" (perangai dalam bahasa jawa) yang dorang buat... Hantu kandid la katakan... Tengak la si Alan... Macam Hitler... Si Shahfiz pulak macam kena bisol... Hehehe... Gurau-gurau je ea!!!!

Well Hidup Bukan Untuk Mengutuk

Aku tahu... Kadang-kadang... Kita tak boleh tutup mulut orang... Sesetengah orang memang dilahirkan mulut kurang ajar, busuk hati dan hasad dengki... Kita manusia tiada kuasa untuk mengubah semua itu... Melainkan mereka sedar akan apa yang telah mereka lakukan dan kembali ke pangkal jalan... Fitnah... Aku cukup benci dengan sesiapa yang menyebarkan fitnah... Cukup benci!!! Aku tidak akan menyimpan dendam kepada mereka... Tetapi aku harap mereka berubah dan insaf dengan diri mereka... Aku buat blog ni untuk berkongsi kegembiraan hari-hari aku dengan kawan-kawanku... Bukan untuk membiarkan orang lain mengumpat disini... Kepada sesiapa penulis blog yang membiarkan orang mengumpat orang lain di blognya... Aku nasihatkan agar korang delate je la blog tu... Kalau tak puas hati dengan aku, leh mesej kt tempat mesej yang aku sediakan... Lagi ganas... Kita jumpa depan-depan... Aku bukan pengecut... Kepada Sesiapa yang carik pasal dengan kawan-kawan aku... Cakap dengan tangan aku...

Saturday, August 22, 2009

Kenangan Berpuasa Dulu-Dulu

Hahaha. Setiap kali bulan puasa tiba, aku akan teringan zaman aku kecik-kecik dulu. Manataknya, Aku ni kan nakal, banyak peristiwa-peristiwa lucu bermain di kotak fikiran. Setiap kali tiba Ramadhan, kenangan yang lepas pasti menerpa dalam ingatan. Dulu, masa baru belajar berpuasa, umur aku baru 5 tahun. Hebat tak?? Puasa cuma 3 hari. Baki yang lain ranap pasal hisap botol susu. Lepas tu, masa duduk kem dulu. Aku suka main nyorok-nyorok. Sementara nak tunggu waktu berbuka, aku akan main dari pagi sampai petang. Yang rocknya kalau pancit masa main, singgah kedai runcit beli aiskim pop. Hilang dahaga terus sambung main. Balik buat-buatla penat. Hehehehe. Malam-malam pulak mercun time. Antara mercun yang tersenarai ialah Thunder clap, Rocket, Gasing, Bola, Telur, Ketupat. Mercun mancis kalau baru nak up. Sape main mercun bawang a.k.a pop. Pergi main jauh-jauh. Haha. Mercun telur paling ramai pengguna. Semua macam Rambo. Mercun tu kalau sekali baling, kalau meletup memang pekak la telinga. Die punya angin pun terasa kalau meletup. Lepastu masa terawih lak, solat 4 rakaat je. Dah dapat 4 sambung main mercun. Bila surau dah hidang more, Orang-orang tua tak cukup tempat. Budak-budak tiba-tiba penuh. Kalu time pergi bazar lak. Semua dah budget nak beli apa. Untuk famili dengan sendiri-sendiri. Pergi macam rombongan orang kahwin. Beli macam juadah dan air. Sampai lorong sekolah rendah semua baca doa bukak puasa. Berbuka dengan sah la katakan. Hahaha. Tapi tu semua dulu-dulu. Sekarang ni puasa wajib full. Dah besar kan. Malu la dekat upin-ipin.

Nota: Kepada kawan-kawan, puasa memang seronok. Jadi janganlah kita membenci bulan Ramadhan ni.

Friday, August 21, 2009

Selamat Berpuasa Rakan-Rakan

Selamat berpuasa rakan-rakan... Harap Ramadhan tahun ni mengajar kita supaya lebih bersabar... Dan kebetulan pulak puasa kita jatuh betul-betul waktu permulaan cuti sekolah.. YEY!!! Hehehe... Gambar ni adalah amaran kepada sesiapa yang tak pernah-pernah cukup puasa (lelaki)... Perempuan dikecualikan... Ni puasa terakhir aku dalam zaman sekolah... Harap semua berjalan dengan lancar dan akan meninggalkan banyak memori indah untuk sepanjang hayat aku... Terawih jangan lupa pulak ye... YOK KITA PUASA!!!!!!

Tuesday, August 11, 2009

Berhenti untuk Belajar...

Well... Ni penulisan yang last masa ni... Betul cakap ustazah... Belajar dulu... Aku nak try wat yang terbaik untuk percubaan spm kali ni... Blog ni akan berhenti untuk sementara waktu... Cinta??? Hehehe... Selalu kalau skandal... Mesti orang salah anggap kan... Takpelah... Terpulang la nak percaya atau tak... Study First... LOve???? Later...


Mr.Bushido: Kawan-kawan... Aku doakan yang terbaik untuk result percubaan & SPM korang... Bye...

Monday, August 10, 2009

Kisah Rumput

Pada suatu pagi di sebuah sekolah menengah, ada seorang pelajar bertanya pada seorang guru yang sedang mengajar. Ketika itu, guru tersebut sedang menyentuh mengenai kasih dan sayang secara am. Dialog di antara pelajar dan guru tersebut berbunyi begini :

Pelajar : Cikgu, macam mana kita nak pilih seseorang yang terbaik sebagai orang paling kita sayang?. Macam mana juga kasih sayang itu nak berkekalan?

Cikgu : Oh, awak nak tahu ke?.Emmm…baiklah, sekarang kamu buat apa yang saya suruh. Ikut je ye…mungkin kamu akan dapat apa jawapannya.

Pelajar : Baiklah…apa yang saya harus buat?

Cikgu : Kamu pergi ke padang sekolah yang berada di luar kelas sekarang juga. Kamu berjalan di atas rumput di situ dan sambil memandang rumput di depan kamu, pilih mana yang PALING cantik tanpa menoleh ke belakang lagi walaupun sekali. Dan kamu petiklah rumput yang PALING cantik yang berada di depan kamu tersebut dan selepas itu bawa balik ke kelas.

Pelajar : Ok. Saya pergi sekarang dan buat apa yang cikgu suruh.

Apabila pelajar tersebut balik semula ke kelas, tiada pun rumput yang berada di tangannya. Maka cikgu pun bertanya kepada pelajar tersebut.

Cikgu : Mana rumput yang cikgu suruh petik?

Pelajar : Oh, tadi saya berjalan di atas rumput dan sambil memandang rumput yang berada di situ, saya carilah rumput yang paling cantik. Memang ada banyak yang cantik tapi cikgu kata petik yang paling cantik maka saya pun terus berjalan ke depan sambil mencari yang paling cantik tanpa menoleh ke belakang lagi. Tapi sampai di penghujung padang , saya tak jumpa pun yang paling cantik. Mungkin ada di antara yang di belakang saya sebelum itu tapi dah cikgu cakap tak boleh menoleh ke belakang semula, jadi tiadalah rumput yang saya boleh petik.

Cikgu : Ya, itulah jawapannya. Maknanya, apabila kita telah berjumpa dengan seseorang yang kita sayang, janganlah kita hendak mencari lagi yang lebih baik daripada itu. Kita patut hargai orang yang berada di depan kita sebaik-baiknya. Janganlah kita menoleh ke belakang lagi kerana yang berlaku tetap dah berlaku. Dan semoga yang berlalu tidak lagi berulang. Jika kita berselisih faham dengan orang yang kita sayang itu, kita boleh perbetulkan keadaan dan cuba teruskan perhubungan tersebut walaupun banyak perkara yang menggugat perhubungan tersebut.

Dan ingatlah orang yang kita sayang itulah yang paling cantik kita jumpa dan paling baik pada MULAnya walaupun nak ikutkan banyak lagi yang cantik dan baik seperti rumput tadi. KECUALILAH jika perhubungan tersebut tak boleh diselamatkan lagi, maka barulah kita mulakan sekali lagi. Maka sayangilah orang yang berada di depan kita dengan tulus dan ikhlas.


Last Name: Mr Bushido...

Saturday, August 8, 2009

Selamat Berjuang Rakan-Rakanku

Sekarang dah sampai masa untuk kita besiap... Beberapa bulan sahaja lagi kita akan menduduki SPM... Bagi sesiapa yang masih lena dibuai mimpi indah... Ayuh bangkitlah... Masih belum terlewat untuk kita bersiap sedia... Aku juga ingin bersiap sedia untuk SPM... Semua ini demi masa depanku... Cinta... Hiburan... TV... Internet... Enjoy??? Masih lagi dalam hati aku... Tetapi aku akan ketepikan dulu... Bukan masanya untuk semua itu... Mungkin itu semua lumrah remaja... Tapi aku inginkan ilmu... Aku dahagakan ilmu... Agak poyo kan kata-kataku... Tapi aku akan buktikan yang aku semenganya dahagakan ilmu... Aku ingin kejayaan sewaktu PMRku berulang lagi... Bagi semua rakan-rakanku... Masa depan kita bukan untuk dijahanamkan diri kita sendiri... Bukankah seronok mendengar semua rakan-rakan kita berjaya... Masa dan ruang remaja kita sememangnya paling indah... Tetapi dari hari ke hari... Kita semakin menghampiri medan perang... Yang menentukan masa depan kita..........................................

Friday, August 7, 2009

Afro Gunsou

Sampaikanlah salam... Cekodok bawah tilam... Opss... Hehehe... Ni la namenye trend ala-ala Romeo... Aku pun tak tahu kenapa aku masuk air sangat-sangat time ni... Lawa tak rambut tu... Yeah!!! Ni la Alleycats tahun 2101... Wakakaka... Ingat senang ke nak jaga rambut afro ni... Silap hari bulan... Kucing pun boleh buat port tau kat dalam ni... Hahaha... Rambut macam ni kan sekarang ni tak boleh masuk bank... Yela mana tahu korang simpan pistol ke... Parang ke... Kerang ke... Kan... Kan... Hahaha... Anyway... Fesyen afro ni memang sesuai untuk himpunan sepanjang zaman... Mekaseyyyy!!!!

Thursday, August 6, 2009

00... Aku Dah Dapat... Wee

















Akhirnya... Aku dah dapat apa yang aku hajati... Wee... Gundam 00 limited... Hasil dari kesabaran aku kumpul duit selama ni... Wah!! Best3!!! Gambar kat atas menunjukkan sebelum n selepas aku pasang gundam ni... Berbaloi-baloi...

Tuesday, August 4, 2009

Cerita Bikin Sendiri

Adli, Daniel dan Yun bercadang untuk berkhemah di hutan lipur... Tetapi, malang menimpa mereka apabila mereka ditangkap sekumpulan orang asli kanibal dalam pejalanan mereka... Ketua orang asli itu mengatakan kepada mereka yang dia sudah lama tidak meratapi daging manusia bandar... Yun pula merayu-rayu untuk dilepaskan kerana dia masih belum berkahwin lagi... Adli pula diam sahaja kerana tidak mempunyai perasaan... Seluar Daniel pula sudah basah dilimpahi air kencingnya kerana terlampau ketakutan... Oleh sebab mereka bertiga adalah manusia badar, jadi ketua orang asli yang dikenali sebagai Cedok itu mengadakan 1 permainan dengan mereka... Mereka bertiga disuruh masuk ke dalam hutan dan mencari 3 jenis buah-buahan berbeza... Setiap seorang mesti membawa 10 biji buah... Dan mereka akan dikawal semasa mencari buah-buah tersebut... Jika mereka gagal, merek bertiga akan dicampakkan ke dalam kuali panas yang sudah siap sedia untuk memasak mereka... Selang 10 minit dilepaskan... Adli muncul membawa 10 biji buah manggis... Dia meletakkan dihadapan Cedok... Cedok kemudian mengarahkan 2 orangnya menanggalkan seluar Adli... "Jika kau mampu menyumbat kesemua 10 manggis ini dalam b****t kau, aku akan lepaskan kau dari menjadi santapan aku, tetapi jika kau menjerit, silakan kedalam kawah itu"... Adli melopong... Kemudian Buah pertama disumbat... Belum sampai separuh... Adli sudah melolong-lolong... Akibatnya Adli dicampak kedalam Kawah itu... Sesudah itu, Yun pula yang sampai bersama 10 biji langsat... Sesudah diterangkan... Yun tersenyum lebar... Baginya, buah langsat itu cuma menggelikannya sahaja... Kemudain, buah yang pertama disumbat... Semua orang asli menerit... Satuu!!! Duaa!!!... Lapann!!!... Tetapi apabila sampai buah yang kesembilan, Yun ketawa tebahak-bahak... Dia pula dicampakkan kedalam kawah... Cedok mula senyum kerana habuannya agak lumayan... Di dalam kawah pula, Adli bertanya kepada Yun mengapa dia tertawa... Sambil menahan gelak... Yun menunjukkan kearah Daniel... Daniel berpeluh-peluh membawa 10 biji buah durian...Tanpa membuang hari-hari terakhirnya... Adli ketawa sekuat hatinya... HAHAHAHA!!!!!

Saturday, August 1, 2009

Korang Ingat Tak

Dulu... Masa darjah 1... Kita punya beg besar... Kalau boleh, nak yang beroda... Boleh tarik bawak pergi sekolah... Lagi megah kalau gambar beg tu power rangers... Kat kelas... Masa cikgu takde... Kte yang lelaki main pemadam... Yang perempuan pulak main conteng-conteng... Cikgu ajar kite 1+1... Masa belajar pembaris boleh gulung jadi pilihan... Pensel warna mesti kena ada kat sebelah meja... Sebab nak lawan siapea yang warna paling cantik... Power rangers, Digimon, Drangonball pulak jadi sebutan... Kalau boleh cerita sampai tangan naik sekali... Pulak kena ada yang menyampuk Ultraman lagi hebat... Lagi kita bengkek... Bila balik, Ramai-ramai lari kat pakcik aiskrim... Beli aiskrim 1 ringgit... Bila berbaris, ramai-ramai jerit angkat tangat... Jatuh tangan... Selagi barisan tak lurus... Angkat turun tangan macam orang gila... Masa perhimpunan cikgu panggil naik pentas... Baca sifir... Nak kembang hidung baca sampai sifir 12... Biar cikgu puji... Petang-petang main kat padang... Gasing, layang-layang, Guli jadi pilihan... Kalau adventure masuk kebun tangkap spider... Masuk parit tangkap ikan... Bulan puasa... Heh... Siape yang puasa 15 hari hebat... Janji puasa... Penting mercun dengan more je... Trawih ntah kemana... Tu masa zaman kita... Seronok... Anak-anak sekarang takkan merasa lagi semua tu... Semua tu dah hilang ditelan kenangan... Sampai bila-bila... Dalam hidup kita...